Friday, February 08, 2013

Hakimbury now official


Pada 7.2.2013 bertempat di restoran Hakim, telah diadakan perjumpaan oleh sebilangan topboys dan wakil dari AMS dengan owner restoran Hakim. Perbincangan adalah untuk menjadikan Hakim itu sebagai port official untuk fans arsenal di Shah Alam/Klang secara umumnya dan untuk AMS dan GoonersUiTM sebagai khususnya. So after beberapa perbincangan dengan pihak Hakim, akhirnya keputusan berjaya dibuat, dengan pihak Hakim telah setuju untuk membenarkan bahagian atas restoran itu untuk dijadikan port rasmi untuk fans Arsenal..Jutaan terima kasih dari aku kepada mereka yang terlibat dalam urusan ini.. Semoga pembukaan port ini bakal kembalikan kemeriahan dan semangat peminat arsenal di Malaysia.. COYG!

wakil AMS bersama Owner Hakim..
Sedikit info tentang restoran Hakim yang terletak di Seksyen7 Shah Alam ni.
- popular dikalangan pelajar Unisel, UiTM dan penduduk disekitarnya
- menjadi port Ultras Malaya untuk berkumpul melibatkan perlawanan Harimau Malaya yang beraksi diluar negara.
- terkenal dengan HFC, Hakim Fried Chicken yang digemari oleh pelangan yang datang ke sini.
- mempunyai pelbagai menu.

berdekatan dengan port official chelsea- MBA. 
Sejarah dari Iskandarates ke Hakimbury
- pada tahun 2011, Hakim telah menjadi venue untuk port arsenal dan pihak Arsenal Malaysia telah mengadakan register ahli disini. Menjadi port Arsenal hanya 2game arsenal sahaja sebelum berpindah.
- Penghujung bulan Sept. wakil AMS telah berjumpa satu port yang baru iaitu di Iskandar dan perbincangan diadakan dengan owner utk dijadikan port rasmi.



- Bulan 10, 2011. Iskandar official menjadi Iskandarates dan game Arsenal vs Spurs adalah game terakhir di Hakim dengan kehadiran fans arsenal yang ramai antaranya dari AMS, KPTA, GoonersUitm dan fans2 arsenal yang lain.



- 16.10.2011 .Iskandarates secara official menjadi liveviewing perlawanan pertama melibatkan Arsenal vs Sunderland dengan kehadiran Arsenal Malaysia sebagai menyokong.



- Iskandar menjadi tempat bertuah bagi sejumlah besar peminat arsenal yang datang dan berkumpul dianggarkan seramai 300 orang bagi menyaksikan kemenangan besar arsenal ke atas chelsea.




- Belum pun genap setahun  beroperasi,Iskandarates telah ditutup buat pertama kali kerana pemergian En. Iskandar (Owner) . Seterusnya kedai ini diteruskan oleh anak sulungya.
- Berlaku beberapa perubahan di iskandar tetapi jumlah penyokong tegar di Iskandarates masih setia..
- P'hujung januari 2013,ketika perlawanan antara arsenal dan liverpool. telah berlaku krisis di antara fans arsenal dengan perkerja iskandar tersebut.
- Satu mesyuarat tergempar diadakan dengan mengambil kira segala permasalahan yang timbul sebelum2 ini dan satu kata putus diambil dengan owner iskandar.
- Februari 2013 menyaksikan Iskandarates telah diputuskan bukan lagi menjadi port arsenal. 
- Mesyuarat terdahulu juga telah m'cadang satu port ganti dan Hakim telah dipilih memandangakan penah mengadakan event disini pada tahun 2011.
- 7/2/2013.. Hakim official digelar Hakimbury..port baru arsenal.


-Walaupon Iskandar telah ditinggalkan tetapi kami tetap ingin berterima kasih kepada Iskandar kerana telah menerima kami menjalankan pelbagai event dan gathering secara rasmi atau tidak di Iskandarates dan pelbagai kejayaan telah dicapai yang bermula di tempat ini..

-> Gathering melibatkan game besar seperti Arsenal vs Manchester United, Chelsea, Liverpool , Manchester city dengan menjemput wakil penyokong kelab terbabit,
-> berjaya mengumpulkan semua group arsenal yang ada dimalaysia di suatu tempat. AMS, AMG, GoonersUiTM, KPTA, APAPluts, Gooneritass dan lain lain lagi.
-> tertubuh pasukan futsal bagi AMS Central laki dan perempuan
-> tertubuh pasukan bola sepak AMS Central
-> tertubuh gerakan chanting seterusnya MGTA itu sendiri.
-> tempat berkumpul / meeting bagi aktiviti yang ingin dilakukan.
-> dan pelbagai lagi kejayaan dicipta disini.




p/s: diharapkan di Hakimbury ni akan menyaksikan fans arsenal berjaya kembalikan semangat yang gemilang dan meriah di sini...

No comments:

sila tinggal link blog anda untuk akuz lawati kelak

kosakataklik