Wednesday, February 06, 2013

Kenapa Robin Van Persie keluar Arsenal - ni pendapat akuz

sebenarnya ini adalah isu lama tapi aku lihat kebanyakkan fans arsenal ni tak tahu atau malas nak cari bagaimana atau kenapa ia berlaku. isunya adalah RVP kuar dari Arsenal..

isunya boleh dipecahkan kepada banyak.
1. kenapa RVP keluar dari arsenal
2. kenapa wenger xboleh nak tahan RVP dari pindah
3. kenapa banyak2 kelab kenapa RVP atau wenger jual kepada MU.

dan aku banyak lihat isu, rata2 fans masih lagi menyalahkan wenger seratus peratus.. bagi aku wenger hanya boleh dipersalahkan hanya 15%, manakalah kesalahan perlu diletakkan kepada RVP 35% dan 50% adalah board Arsenal sendiri.

seperti biasa aku mohon kepada pembaca sedar bahawa ketika entry ni ditulis, ia sepenuhnya datang dari apa y penulis baca/cari/dengar dari pelbagai sumber termasuk media elektronik/forum/dan cerita di kedai mamak sesama fans. jujurnya ni bukannya bidang aku dalam menceritakan isu ni dan kebanyakkan sumber2 yang aku baca dulu kebanyakkan aku sudah lupa dimana aku baca.. jika anda mahu lebih kepastian anda boleh cari sumber itu sendiri mengunakan 'pakcik google'..

tentang isu RVP, aku dapati berlaku after euro cup yang menyaksikan belanda terpaksa pulang awal dari kejohanan itu dan RVP bertindak profesional untuk tidak berbicara langsung tentang kontraknya kepada umum. Selepas itu apa yang aku tahu telah ada perbincangan di antara Board, wenger dan rvp sendiri..seterusnya perbincangan itu dikatakan menemui kata buntu apabila dikatakan rvp kurang berpuas hati dengan penjelasan masa depan kelab.. penjelasan itu seolah2 untuk jangka masa akan datang, jika Arsenal dapat top4 sudah cukup..Ia secara tak langsung telah melemahkan semangat RVP yang ketika ini berumur 29tahun yang bercita2 tinggi untuk merangkul kejuaraan setelah buntu selama 8tahun bersama Arsenal. punca masalah Board kerana xbersungguh2 dalam menyakinkan sesuatu pemain tentang polisi kelab.. moral player pasti down jika tahu kita bermain hanya untuk top4.. -salah BOARD!


Seterusnya rvp telah hold contract beliau dan menyaksikan pelbagai pasukan telah cuba mbuat bidaan. Antaranya ialah Chelsea, Manchester united dan city, juventus, real madrid dan beberapa kelab lain lagi.. RVP telah menolak beberapa kelab dengan pelbagai alasan chelsea adalah kelab seteru london, manchester city sebab tidak mahu mhampakan peminat selepas kes nasri, real madrid dan juventus adalah tidak berminat walaupon mendapat gaji dan tawaran yang lumayan. dan akhirnya manchester united telah masuk line dan telah membawa satu polisi yang meyakinkan untuk RVP.. man united sebuah kelab 'biar papa asal bergaya' telah bid RVP sebanyak 24M termasuk 2M sebagai gula2 kepada arsenal kerana mjual RVP kepada seteru utama..malah elaun bantu MU menang cup pon RVP akan dapat.


oh lupa..sebelum itu RVP seakan ingin membuat pusingan U apabila Arsenal telah m'bawa masuk Santi Cazorla. memang itu apa y RVP nak. inginkan player star dibawa masuk untuk bantu beliau.. tetapi sama seperti tahun2 kesudah, bukan sahaja player star dibawa masuk malah player y sedia ada dijual..secara tak langsung melemahkan pasukan arsenal itu sendiri untuk bersaing dengan pasukan top y lain y sentiasa mhebatkan team masing2..

so wenger blh disalahkan hanya kepada berapa part sahaja..tapi aku lebih rasakan salah board dan juga rvp itu y punca kepada perkara ni.. bagi aku dengan melihat rekod RVP, sorang player y sudah berusia 29tahun bagi penyerang, mpunyai rekod injured secara mudah memang sesuai untuk dijual.. malangnya dia dijual ketika dia berada di pretasi terhebat. penjaring terbanyak season lepas dan masalah injured yang tiba2 mhilang..hahahaha...tak pe..ak rasa beliau hanya dapat bertahan dalam season ni atau tunggu sapa2 player patahkan kaki dia.. 


sekali lagi wenger dah buat apa yang termampu dia untuk kekalkan rvp, tmasuk memujuk dan membeli player lain..tapi jika board tidak betul2 nak kekalkan rvp dengan polisi kelab yang betul2 mantap dan meyakinkan aku rasa player lain pon akan rasa moral down..cukup rasanya board hanya memandang top4 adalah trophi..tiba masanya Arsenal perlu bangkit bersaing dan dapatkan sekurang2 satu piala untuk fans arsenal..dan juga untuk moral player. RVP juga kata dia pindah ke MU kerana yakin dia boleh dapat cup disitu...so kt tengok je apa y akan berlaku..sama ada tindakan board dan RVP ni betul ke tidak..

p/s: aku harap mende ni clear skit atau sekurang2nya korang sedar yang ko xboleh nak salahkan wenger sangat tapi selidik dulu kisah yang berlaku dlu sebelum bertindak melulu.

No comments:

sila tinggal link blog anda untuk akuz lawati kelak

kosakataklik