Thursday, February 21, 2013

Arsenal - sokongan dari aku..

kemarau piala lagi untuk season ni...?? mungkin...tapi selagi belum berakhir game 2nd leg, harapan nak piala itu masih ada lagi..

perit, sedih dan kadang2 sakit jantung bila sokong arsenal ini... kadang kala arsenal menang besar.. kadang kala kalah tak disangka... adakalanya comeback... tetapi penah berlaku kalah ketika peminat menjangka menang besar..

kalo dulu dengan team bawahan... menang sudah pasti cuma jaringan itu yang jadi tanda tanya..tapi..sekarang tidak lagi..dengan team bawahan, rata2 fans arsenal sudah tidak boleh jadi ahli nujum lagi...diteka menang tapi kalah yang tak disangka2..susah sangat jadi fans arsenal ini...

arsenal tiada nasib... untuk FA cup.. dah dua kali aku tengok arsenal kalah disebabkan gol bodoh.. final dulu kesilapan Kosc dan 'Syazwani' telah menyebabkan arsenal terlepas piala... dan episod yang sama menentang blackburn gol counter... ermmm satu2 harapan arsenal sekali lagi lesap...

" Aku Tak Peduli Apa Fans Lain Cakap, Apa Yang Aku Peduli Hanyalah Arsenal.."

persembahan tak menentu arsenal ini menyebabkan pergaduhan bermusim dikalangan peminat di malaysia ini sendiri... ada yang mahu wenger dibuang ada yang masih menyokong the profesor... pada pendapat aku... apa yang aku mahukan wenger kena tegas sikit dengan player dan juga dengan boss atasnya... kelembutan wenger telah mbuat player dan booss goyang kaki... dan buat masa ni wenger xperlu kuar secara mendadak..wenger cuma perlu ubah taktikal dan formation... ramsey xperlu diletakkan ditepi, walcot mungkin sesuai main dibelakang CF..dan banyak lagi..

" Aku Mula Sokong Arsenal Tahun 2006, Aku Tak Penah Tengok Arsenal Angkat Piala Semasa Aku Berjersi Arsenal dan Menyokong Arsenal..Aku Harap Satu Hari Nanti Ia Pasti Berlaku.."

Diperli sokong kelab yang tak dapat piala, kelab budak sekolah, kelab tak ada masa depan, dan yang terbaru kelab y sokong LGBT... aku pasrah jer.. bagi aku korang cakap lar pe y korang nak cakap... sekarang masa korang..tunggulah masa aku nanti... jangan korang butthurt nanti seperti geng shisha.. tapi.. aku rasa keinginan nak bahan orang dah makin kurang dalam hidup aku ni...sejak bila? sejak aku di Iskandarates...sejak aku join firm MGTA... aku bahan orang hanya semasa game dan setengah jam lepas habis game...lepas itu aku dah malas.. malas nk bahan dalam fesbuk macam kawan2 aku, dan bahan depan2 time kt tengah bincang pasal isu lain tp tetiba ko cakap sal bola..terasa annoying lak..

" Apa Yang Berlaku Arsenal Sekarang Adalah Satu Ujian Kesetian Korang Terhadap Kelab Arsenal. Adakah Korang Menyokong Disebabkan Kelab Atau Sebab Piala"

Apa yang diperlukan oleh Arsenal sekarang dan apa yang peminat perlu lakukakn?

Arsenal perlukan satu sistem yang menyokong satu sama lain..bukan Board yang boleh dibilang berapa kali duduk distadium llihat arsenal bermain..dan player yang mempunyai mentaliti ingin menang.. bukan player yang berasakan star dan membuat gaya permain sendiri dan tidak membantu pasukan..singkirkan player yang hanya memanaskan bangku simpanan..wenger perlu tegas dan buang ego dan terima pendapat orang..

" Sembang Kritik Arsenal bagi Peminat di Malaysia yang Jauh dari London"

dan Bagi peminat Arsenal... apa yang boleh dibuat...Stop gaduh maki2 sesama gooners, bincangkan segala isu denga berhemah dan ambil kesempatan untuk eratkan goonerhood kita..yang paling penting sentiasa berada di belakang kelab...setakat kalah keciwa sedih itu biasalah...tapi angaplah sekarang arsenal tiada luck dan mengalami tempoh muram... kita tunggu arsenal betul2 sedia nak menang, nak piala...bukan hanya target top4..hahaha...


p/s: minggu ni aku akan ke RSU... harap2 keputusan perlawan sejuk setiap kali aku tengok di RSU akan berubah...plss kasi menang besar sikit...

Friday, February 08, 2013

Hakimbury now official


Pada 7.2.2013 bertempat di restoran Hakim, telah diadakan perjumpaan oleh sebilangan topboys dan wakil dari AMS dengan owner restoran Hakim. Perbincangan adalah untuk menjadikan Hakim itu sebagai port official untuk fans arsenal di Shah Alam/Klang secara umumnya dan untuk AMS dan GoonersUiTM sebagai khususnya. So after beberapa perbincangan dengan pihak Hakim, akhirnya keputusan berjaya dibuat, dengan pihak Hakim telah setuju untuk membenarkan bahagian atas restoran itu untuk dijadikan port rasmi untuk fans Arsenal..Jutaan terima kasih dari aku kepada mereka yang terlibat dalam urusan ini.. Semoga pembukaan port ini bakal kembalikan kemeriahan dan semangat peminat arsenal di Malaysia.. COYG!

wakil AMS bersama Owner Hakim..
Sedikit info tentang restoran Hakim yang terletak di Seksyen7 Shah Alam ni.
- popular dikalangan pelajar Unisel, UiTM dan penduduk disekitarnya
- menjadi port Ultras Malaya untuk berkumpul melibatkan perlawanan Harimau Malaya yang beraksi diluar negara.
- terkenal dengan HFC, Hakim Fried Chicken yang digemari oleh pelangan yang datang ke sini.
- mempunyai pelbagai menu.

berdekatan dengan port official chelsea- MBA. 
Sejarah dari Iskandarates ke Hakimbury
- pada tahun 2011, Hakim telah menjadi venue untuk port arsenal dan pihak Arsenal Malaysia telah mengadakan register ahli disini. Menjadi port Arsenal hanya 2game arsenal sahaja sebelum berpindah.
- Penghujung bulan Sept. wakil AMS telah berjumpa satu port yang baru iaitu di Iskandar dan perbincangan diadakan dengan owner utk dijadikan port rasmi.



- Bulan 10, 2011. Iskandar official menjadi Iskandarates dan game Arsenal vs Spurs adalah game terakhir di Hakim dengan kehadiran fans arsenal yang ramai antaranya dari AMS, KPTA, GoonersUitm dan fans2 arsenal yang lain.



- 16.10.2011 .Iskandarates secara official menjadi liveviewing perlawanan pertama melibatkan Arsenal vs Sunderland dengan kehadiran Arsenal Malaysia sebagai menyokong.



- Iskandar menjadi tempat bertuah bagi sejumlah besar peminat arsenal yang datang dan berkumpul dianggarkan seramai 300 orang bagi menyaksikan kemenangan besar arsenal ke atas chelsea.




- Belum pun genap setahun  beroperasi,Iskandarates telah ditutup buat pertama kali kerana pemergian En. Iskandar (Owner) . Seterusnya kedai ini diteruskan oleh anak sulungya.
- Berlaku beberapa perubahan di iskandar tetapi jumlah penyokong tegar di Iskandarates masih setia..
- P'hujung januari 2013,ketika perlawanan antara arsenal dan liverpool. telah berlaku krisis di antara fans arsenal dengan perkerja iskandar tersebut.
- Satu mesyuarat tergempar diadakan dengan mengambil kira segala permasalahan yang timbul sebelum2 ini dan satu kata putus diambil dengan owner iskandar.
- Februari 2013 menyaksikan Iskandarates telah diputuskan bukan lagi menjadi port arsenal. 
- Mesyuarat terdahulu juga telah m'cadang satu port ganti dan Hakim telah dipilih memandangakan penah mengadakan event disini pada tahun 2011.
- 7/2/2013.. Hakim official digelar Hakimbury..port baru arsenal.


-Walaupon Iskandar telah ditinggalkan tetapi kami tetap ingin berterima kasih kepada Iskandar kerana telah menerima kami menjalankan pelbagai event dan gathering secara rasmi atau tidak di Iskandarates dan pelbagai kejayaan telah dicapai yang bermula di tempat ini..

-> Gathering melibatkan game besar seperti Arsenal vs Manchester United, Chelsea, Liverpool , Manchester city dengan menjemput wakil penyokong kelab terbabit,
-> berjaya mengumpulkan semua group arsenal yang ada dimalaysia di suatu tempat. AMS, AMG, GoonersUiTM, KPTA, APAPluts, Gooneritass dan lain lain lagi.
-> tertubuh pasukan futsal bagi AMS Central laki dan perempuan
-> tertubuh pasukan bola sepak AMS Central
-> tertubuh gerakan chanting seterusnya MGTA itu sendiri.
-> tempat berkumpul / meeting bagi aktiviti yang ingin dilakukan.
-> dan pelbagai lagi kejayaan dicipta disini.




p/s: diharapkan di Hakimbury ni akan menyaksikan fans arsenal berjaya kembalikan semangat yang gemilang dan meriah di sini...

Wednesday, February 06, 2013

Hakimbury port arsenal Shah Alam - back to glory

selepas tiadanya iskandarates.. sebilangan topboys arsenal kelihatan buntu untuk mencari tempat ganti untuk lihat game arsenal lawan stoke tempoh hari..keadaan seperti zaman sebelum fans arsenal di shah alam dapat port untuk tengok bola.. masing2 ke hulur kehilir cari kedai y buka game arsenal. untuk rekod keadaan ni penah juga berlaku semasa iskandarates tutup disebabkan arwah mamu meninggal. semua fans arsenal mula bising bertanyakan mana port arsenal malam ni. aku pon mula meroyan gak masa tu apabila tercari2 kedai y bukak game arsenal.. susah beb keadaan mcm ni terjadi.. lebih2 lagi bila kamu dah mula kenal member2 tengok bola sama2.. ikatan goonerhood itu dah kuat.. xkan nk tgk bola sorang2...xseronok la

insyallah banner ni akan digantung semula

so bermula dari post2 di FB..aku mula meyakinkan Ayie untuk deal dengan owner Hakim..dan salah sorang owner hakim tu memang sokong arsenal. so secara tak langsung membuka ruang untuk kami untuk jadikan port itu sebagai port ganti bagi fans arsenal..tuah ditempat baru game dengan stoke tempoh hari arsenal berjaya mendapat 3mata dengan cara permainan y meyakinkan..dihadiri oleh beberapa topboys yang masih ada di shah alam iaitu mizan, zawawi, shafiq, ayie, fatah dan beberapa fans arsenal yang lain.so lepas ni jika nak tengok arsenal lagi..tempatnya adalah dibahagian atas Hakim.. insyallah lepas ni Tears dan beberapa topboys arsenal akan bincang dengan lebih series dengan owner hakim tu untuk jadikan port tu sebagai port arsenal secara official. dan sama2 memajukan samaada dari sudut perniagaan hakim dan juga fans arsenal itu sendiri..

kita akan berperang dengan topboys chelsea apabila berada bersebelahan dengan port MBA

kenapa Hakimbury...
ooh tu aku sendiri bagi nama kerana perpindahahn semula ke port lama fans arsenal dishah alam. sebelum dapat iskandar memang hakim adalah pusat penyatuan fans arsenal dishah alam.. so jika iskandar diberi nama iskandarates.. so hakim berhak kepada hakimbury lar merujuk pada stadium lama arsenal Highbury.. tapi nama tu xpenting, bagi aku macam mana nk satukan semula fans arsenal dishah alam..yang satu ketika dulu mcatat rekod seramai 400 orang dalam satu tempat.. so harapan itu datang dari satu port y kuat, strategik dan dengan kerjasama y erat antara owner dan fans arsenal sendiri..

aksi pertama di hakim tahun 2011 
walaupon xrasmi lagi tapi aku still nak juga cakap y port arsenal bagi shah alam adalah di hakim baru seksyen 7 shah alam..so kemon gooner kita semarak kan semula semangat sesama goonerhood di shah alam..

Kenapa Robin Van Persie keluar Arsenal - ni pendapat akuz

sebenarnya ini adalah isu lama tapi aku lihat kebanyakkan fans arsenal ni tak tahu atau malas nak cari bagaimana atau kenapa ia berlaku. isunya adalah RVP kuar dari Arsenal..

isunya boleh dipecahkan kepada banyak.
1. kenapa RVP keluar dari arsenal
2. kenapa wenger xboleh nak tahan RVP dari pindah
3. kenapa banyak2 kelab kenapa RVP atau wenger jual kepada MU.

dan aku banyak lihat isu, rata2 fans masih lagi menyalahkan wenger seratus peratus.. bagi aku wenger hanya boleh dipersalahkan hanya 15%, manakalah kesalahan perlu diletakkan kepada RVP 35% dan 50% adalah board Arsenal sendiri.

seperti biasa aku mohon kepada pembaca sedar bahawa ketika entry ni ditulis, ia sepenuhnya datang dari apa y penulis baca/cari/dengar dari pelbagai sumber termasuk media elektronik/forum/dan cerita di kedai mamak sesama fans. jujurnya ni bukannya bidang aku dalam menceritakan isu ni dan kebanyakkan sumber2 yang aku baca dulu kebanyakkan aku sudah lupa dimana aku baca.. jika anda mahu lebih kepastian anda boleh cari sumber itu sendiri mengunakan 'pakcik google'..

tentang isu RVP, aku dapati berlaku after euro cup yang menyaksikan belanda terpaksa pulang awal dari kejohanan itu dan RVP bertindak profesional untuk tidak berbicara langsung tentang kontraknya kepada umum. Selepas itu apa yang aku tahu telah ada perbincangan di antara Board, wenger dan rvp sendiri..seterusnya perbincangan itu dikatakan menemui kata buntu apabila dikatakan rvp kurang berpuas hati dengan penjelasan masa depan kelab.. penjelasan itu seolah2 untuk jangka masa akan datang, jika Arsenal dapat top4 sudah cukup..Ia secara tak langsung telah melemahkan semangat RVP yang ketika ini berumur 29tahun yang bercita2 tinggi untuk merangkul kejuaraan setelah buntu selama 8tahun bersama Arsenal. punca masalah Board kerana xbersungguh2 dalam menyakinkan sesuatu pemain tentang polisi kelab.. moral player pasti down jika tahu kita bermain hanya untuk top4.. -salah BOARD!


Seterusnya rvp telah hold contract beliau dan menyaksikan pelbagai pasukan telah cuba mbuat bidaan. Antaranya ialah Chelsea, Manchester united dan city, juventus, real madrid dan beberapa kelab lain lagi.. RVP telah menolak beberapa kelab dengan pelbagai alasan chelsea adalah kelab seteru london, manchester city sebab tidak mahu mhampakan peminat selepas kes nasri, real madrid dan juventus adalah tidak berminat walaupon mendapat gaji dan tawaran yang lumayan. dan akhirnya manchester united telah masuk line dan telah membawa satu polisi yang meyakinkan untuk RVP.. man united sebuah kelab 'biar papa asal bergaya' telah bid RVP sebanyak 24M termasuk 2M sebagai gula2 kepada arsenal kerana mjual RVP kepada seteru utama..malah elaun bantu MU menang cup pon RVP akan dapat.


oh lupa..sebelum itu RVP seakan ingin membuat pusingan U apabila Arsenal telah m'bawa masuk Santi Cazorla. memang itu apa y RVP nak. inginkan player star dibawa masuk untuk bantu beliau.. tetapi sama seperti tahun2 kesudah, bukan sahaja player star dibawa masuk malah player y sedia ada dijual..secara tak langsung melemahkan pasukan arsenal itu sendiri untuk bersaing dengan pasukan top y lain y sentiasa mhebatkan team masing2..

so wenger blh disalahkan hanya kepada berapa part sahaja..tapi aku lebih rasakan salah board dan juga rvp itu y punca kepada perkara ni.. bagi aku dengan melihat rekod RVP, sorang player y sudah berusia 29tahun bagi penyerang, mpunyai rekod injured secara mudah memang sesuai untuk dijual.. malangnya dia dijual ketika dia berada di pretasi terhebat. penjaring terbanyak season lepas dan masalah injured yang tiba2 mhilang..hahahaha...tak pe..ak rasa beliau hanya dapat bertahan dalam season ni atau tunggu sapa2 player patahkan kaki dia.. 


sekali lagi wenger dah buat apa yang termampu dia untuk kekalkan rvp, tmasuk memujuk dan membeli player lain..tapi jika board tidak betul2 nak kekalkan rvp dengan polisi kelab yang betul2 mantap dan meyakinkan aku rasa player lain pon akan rasa moral down..cukup rasanya board hanya memandang top4 adalah trophi..tiba masanya Arsenal perlu bangkit bersaing dan dapatkan sekurang2 satu piala untuk fans arsenal..dan juga untuk moral player. RVP juga kata dia pindah ke MU kerana yakin dia boleh dapat cup disitu...so kt tengok je apa y akan berlaku..sama ada tindakan board dan RVP ni betul ke tidak..

p/s: aku harap mende ni clear skit atau sekurang2nya korang sedar yang ko xboleh nak salahkan wenger sangat tapi selidik dulu kisah yang berlaku dlu sebelum bertindak melulu.

Friday, February 01, 2013

Iskandarates dalam kenangan dan Transfer dateline antara mewarnai bulan1 2013

sebelum aku nak start crita.. ak nak clearkan disini.. ini semua pendapat aku.. dan apa yang aku rasakan.. jika ada ketidaksamaan atau tidak memuaskan hati pihak lain so aku xboleh nak buat apa..hanya minta maaf sbb lain dari crita korang..

Iskandarates dalam kenangan..
Semalam Tears telah adakan mesyuarat tergempar *kununya lar.. dan m'yeru wakil dari AMS, dan GoonersUiTM serta topboys Arsenal di Shah Alam untuk berkumpul untuk menyelesaikan pelbagai isu tergantung dan segera untuk mencari kata putus..

isunya adalah
1. kes HOT : kes shafiq tunjuk fcuk kat budak baget gengster..
2. kes Iskandarates : layanan dan sikap antara owner, pkerja terhadap fans arsenal
3. kes tukar port : jika kes 2 tu keputusan nya untuk berpindah..

dan beberapa kes tertunggak yang lain ibarat bil air y tertunggak..

so aku malas tau x nak cite panjang2 so aku just amik 2 isu atas jer..

isu shafiq tunjuk fcuk kat budak baget gengster.

firstly bagi aku isu ni amat ponden.. ok macam ni, ko tengok bola kat luar, ko team lain, ada mamat lain team lain, mamat tu provok ko sebab team ko ketinggalan..pastu bila team ko dah seri balik, ko bgn ko provok balik..ehh aku xfaham lar what the point..macam xpenah tgk bola kat luar la, xpenah tgk bola kat stadium..okey shafiq tunjuk fcuk..tp itu sebahagian dari provok gak lar..maki hamun semua itu..kemon..korang ada jari panjang kat tengah tu kan..kasi angkat balik lar..bagi aku provok itu stil terkawal asalkan ko xcross line..maksud aku asalkan ko xsentuh badan atau melibatkan sampai nak kejar2 orang bagai...ko gengster? ada geng.. eh kemonlah..ko bawak mende ni kat geng ko, seyes beb kena gelak..pasal provok dalam bola jer kot..lainlar kalo ko ada masalah lain ko sengaja cari pasal.. bagi aku bola tetap bola...aku pon banyak kali tunjuk fcuk kat member MU aku.. tp after game ktorang leh sembang balik...mcm event di khulafa...aku pon de tjuk fcuk kat geng MBA...tp pastu ktorg leh salam peluk n amik gamba lagi..so bola is bola...after game normal balik..lagipon dalam isu ni aku rasa memang seyes shit kelakar..kalo korang xleh kena provok jangan start provok dulu, risau kalo kena terlebih sikit malu beb..nak gelabah dengan geng bagai..eish malu..kejadian provok ni berlaku sejak budak shisha tu ada, dulu xde masalah, aku stil leh syum kat brader rambut pjg gelap2 tu..ko dtg nk cari rezeki, kami tlg bawak kawan2 nk bg rezeki kat ko..so hormat dan dihormati tu ada..tp semakin hari, bila dah ramai geng lak kat belakang tu, dah banyak mulut lak dorang..ehhh heran betul aku..okey xpe kalo nk provok silakan, tp jangan mngelabah kalo kena balik..tp provok bola stil bola.. ayahanda pon banyak keje lain dari nak layan isu provok dalam bola.. hahaha.. 

isu ke2, Iskandarates dalam kenangan.

sebenarnya isu ni aku banyak bersabar... sabar dan terus sabar.. lepas satu satu masalah.. bermula owner bertukar..kalo aku nak ungkit aku pon xnak lar..sebab walaupon orang buat macam2 yang teruk kita still kena ingat apa kebaikan y dia penah buat.walaupon sedikit.. korang leh check sendiri apa masalah nya taip jer nama tempat tu.. dan tengok apa respon dorang.. nak kata kami buat fitnah..kami sendiri xkenal sapa yang bagi pendapat tu.. bagi kami itu yang dorang rasa.. kami juga rasa tapi kami pendamkan. kadang2 kami tolong backup, kata owner baru tukar.. bagi masa, bila dorang kata pkerja lembap, kami pujuk kata pkerja xramai, kadang2 kami sendiri mtk pangilkan pkerja suh amikkan order..order nasi xsedap dan macam2 lagi, ada kalanya kami sendiri kata bagi peluang, lain kali datang lagi..tp last2 apa y kami dapat.? yang xboleh blah kata kami ni xdatangkan untung? what the tuuutttt...okey enuf said... 1st mana y kata kami xdatangkan untung..? 

cari nama iskandar dalam surat khabar BH
iftar bersama seramai 20orang lebih


game vs spurs...diangarkan 100orang

game chelsea...diangarkan 200lebih datang

biar gambar yang berbicara, ada banyak lagi gambar dan promotion tidak berbayar yang kami telah buat..sampai digelarkan iskandarates ni adalah pusat penyatuan goonerhood di malaysia, pelbagai group arsenal di malaysia ni penah datang ke sini...jadi mana timbul kerugian disitu? orang datang just minum air? orang makan xbyar? hahahaha... betullah kata orang, salah orang dicari, slh sndiri xtahu... bukan nk burukkan, tp nak kongsi pendapat salah sorang rakan aku yang penah datang ke sini.. "sini kalo xde bola dah tentu xramai orang, makanan xsedap, servis lembap".. kalo ikutkan aku kena setuju lar, tapi apa yang aku dan member y selalu disni kata.. "relax bro, jangan myesal nk datang lagi, bagi mereka masa"... pujuk lagi tu.. bukan tambah pasir dalam periuk orang.. salah kami ke pelangan lari sebab servis lembap? salah kami ke menu kurang? salah kami ke sbb dorang myampah tgk waiter amik air muka ketat? ... kami dah ajak, dah panggil, dah iklankan kat fb kami, group2 kami tentang tempat ni..bkn setakat fans arsenal, fans luar pon nk dtg gak nk merasai tempat ni..kawan2 arsenal ada y dtg bwk kawan, bawk keluarga..patut tugas kami selesai, dan tiba  tugas kamu untuk melayan pelangan dengan betul.. so jangan salahkan kami pelangan lari, jangan salahkan kami pelangan just datang minum air, sebab apa? hah! bentang sejadah, smyg after bzikir pikir apa y berlaku..

so after meting semalam, kami sepakat nak angkat kaki...kami xnak ada dikaitkan dengan situ, dan pasni harap geng arsenal jangan kaitkan dengan kedai tu...insyallah kami akan mencari port baru..dan yang penting ada persafahaman y kuat dengan owner baru itu nanti... biar sama2 bersemangat nak majukan tempat itu..jangan sebelah pihak sahaja.

kepada iskandar...saya secara peribadi ingin minta maaf jika sy dan kawan2 sy ada myingung perasaan...dan juga entry ni...biarlah sy jujur dan habislah disini..kepada pembaca pun diharap begitu..habis disini..kalo nak datang iskandar pon datanglah lagi..dan bharap smoga yang terbaik akan berlaku..stiap y berlaku ada hikmahnya.y mana baik datang dari Allah, y buruk datang dari kelemahan kita sendiri..

bila tengok arwah mamu, mulut ni xhenti2 nk sedekahkan alfatihah...untung arwah mamu... iskandar dalam kenangan...alfatihah utk arwah mamu..


datelinetrasfer Arsenal...

utk player arsenal yang masuk bulan1 punya transfer ni ada sorang sahaja..memang semua pakar2 scout dalam group arsenal tewas sekali lagi kerana nama ni xde pon dalam radar dorang...hahahah..

nacho monreal
player back kiri malaga...dengan nilai perpindahan er er  er... hahaha... bagi aku kemasukan nacho ni baguslah kerana gibbs injured 3bulan..nak harapkan santos... hek lemei pun... boleh tu boleh tp sakitlah dada ni tengok kalo dia buat silap.. pendapat aku diharap nacho ni dapat buat crosing y baik utk giroud dan keras untuk handle player lawan..

Thursday, January 24, 2013

ICF vs The Gooners - we bring the arsenal

ngkorang nak tau..lagi sejam setengah lagi perlawan antara arsenal dan west ham nak start... nasib baik di malaysia ni xde topboys ICF... so topboys the HErd malam ni dikatakan akan berkumpul di Iskandarates beramai-ramai sebab pertama esok cuti..dan sebab kedua sebab lepas macam dah xramai dah nak lepak...sebab GoonersUitm dah mula balik kampung... so aku malas nak cerita panjang..cuma nak tunjuk satu video...yang aku dengar akan dilakon semula oleh MGTA...so apa kata korang hadap, layan dan hafal lagu ni... besh wooo...COYG!

lostprophets-we bring the arsenal

Bite that lip,
Cause your tongue is a gun and your brain is the trigger,
Fire at will,
Oh I doubt that mouth could get any bigger,
You live in hypocrisy, those skies are always sunny,
You're never gonna be a threat to anybody.

You're lying, you're lying,
You're gonna be the one left crying.

If you bring a gun, baby, we'll bring an arsenal,
If you think we're done, baby, we'll bring it, we'll sing it,
Open your eyes and see you are outnumbered, honey,
You're never gonna be a threat to anybody.

You'll never get this dance tonight,
So split, oh you can run till you're done but the shame will never leave ya,
Had your fun, was it worth all the time getting people to believe ya?
Open your eyes and see it never was that funny,
You're never gonna be a threat to anybody.



You're lying, you're lying,
You're gonna be the one left crying.

If you bring a gun, baby, we'll bring an arsenal,
If you think we're done, baby, we'll bring it, we'll sing it,
Open your eyes and see you are outnumbered, honey,
You're never gonna be a threat to anybody,

You're lying, you're lying,
You're gonna be the one left crying,
You're lying, you're lying,
You're never satisfied,

You're lying, you're lying,
You're gonna be the one left crying,
You're lying, you're lying,
Till there's no one on your side.

If you bring a gun, baby, we'll bring an arsenal,
If you think we're done, baby, we'll bring it, we'll sing it..

If you bring a gun, baby, we'll bring an aresenal,
If you think we're done, baby, we'll bring it, we'll sing it,
Open your eyes and see you are outnumbered, honey,
You're never gonna be a threat to anybody,

A threat to anybody [x3]

Wednesday, January 23, 2013

BOYS From Highbury


sing abount the gunners, we're the lads in red n white, we can play the football game, and we can play it right.
while there still a minute left, we'll not give up the fight, when we go marching on wembley.
march on 2x!
the boys from higbury.
march on 2x!
march on to victory
the gunners color on the cup
is what we're gooner see
when we go marching on wembley.

sila tinggal link blog anda untuk akuz lawati kelak

kosakataklik